Friday, September 28, 2007

PETUA BERSAHABAT

Assalamualaikum dan salam ukhuwah,
Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab
& punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita &
sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya
bagusdan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut
sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu
rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir
kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat
bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya
menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia
mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh
memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan
oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan
hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

RAMBUT

Sekadar suka2...
Anda tergolong dalam golongan mana???

1) RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL- kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO- bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan
mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT- bijak sangat, memilih,pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego, dan
pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL- bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang,
susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

RAHSIA BULAN KELAHIRAN
Rahsia bulan kelahiran ini adalah berdasarkan kajian selama 25 tahun
oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkaitan sikap manusia. Sejauh mana
ketepatan dan kebenarannya, tidaklah diketahui.........

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu
daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
cukup sayang pada kanak-kanak
suka duduk di rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang realiti dan abstrak
intelligent, bijak dan genius
personaliti yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yang lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamerkan marahnya
tidak suka benda yang remeh-temeh
suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan
ada harapan untuk merealisasikan impiannya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
perlu belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
personaliti yang menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semulajadi, jujur,
pemurah dan mudah simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
jangan terlalu moody

APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka diberi perhatian
sangat diplomatik (pandai memujuk) dan berkawan
pandai menyelesaikan masalah orang lain
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
cuba kawal emosi
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada
sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran yang tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
perasaan yang amat mendalam
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat
memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yang tinggi
permikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yang baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera, seni dan muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk di rumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN
berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
berperangai lemah lembut
mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
idea yang terlalu banyak di kepala
bersifat sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan dan pandai berkawan
orang yang sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih dan cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
sesiapa yang memuji adalah musuh
sesiapa yang menegur adalah kawan

JULAI
sangat seronok didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
agak pendiam kecuali dirangsang
ada harga dan maruah diri
tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan
mudah dipujuk dan bercakap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya
berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sangat peka, caring, pengasih serta penyayang
layanan yang serupa dengan semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yang tajam
suka menilai orang lain melalui pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk di rumah
suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan
tidak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kalau tidak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tetapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
orangnya agak tegas dan berkepimpinan
pandai memujuk orang lain
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri yang sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yang tajam dan teliti
cepat berfikir
fikiran yang berdikari
suka memimpin dan dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat ditimpa penyakit
belajar untuk relax
sikap kelam kabut
romantik, pengasih, penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun dan bertolak ansur
sangat cermat, teliti dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
sangat prihatin dan terperinci,
amanah, setia dan jujur
kerja yang dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yang tidak diketahui
orang yang banyak berfikir
daya penaakulan yang baik
otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
banyak simpan rahsia
suka sukan, hiburan dan melancong
kurang menunjukkan perasaannya
luka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
sistematik

OKTOBER
suka sembang
suka orang yang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
cepat marah
pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi yang mudah terusik
suka berangan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong, bidang sastera dan seni
pengasih ,penyayang dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran ke hadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
pemikiran yang tajam
daya firasat yang sangat halus dan tinggi
bagus untuk jadi doktor
cermat dan teliti
personaliti dinamik
sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya
tidak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari orang lain
otak yang sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yang tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
suka duduk di rumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
sangat setia dan pemurah
bersifat patriotik
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
bercita-cita tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
seronok didampingi
suka bercampur dengan orang
suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
tidak pandai berpura-pura
cepat marah
perangai yang berubah-ubah
tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi
benci pada kongkongan
suka berlawak
pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

SURAH YASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia,Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang sukamembaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan
amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Ciri-ciri orang yang beriman

Ciri-ciri orang yang beriman dapat dilihat dari hadis Nabi SAW: "Iman itu
tujuh puluh pecahan, yang terafdal ialah LA ILAHA ILLA ALLAH dan yang serendahnya ialah menghilangkan benda berbahaya dari jalan; dan malu itu salah satu pecahan iman."

Ibnu Hajar al-'Asqalani berkata bahawa iman terpecah kepada 69 pecahan.
Kadangkala ia berbentuk amalan hati, kadangkala amalan lidah dan
kadangkala
amalan badan. Pecahannya seperti berikut:-

Amalan Hati - Percayakan Allah; percayakan malaikat; percayakan para
rasul;percayakan kitab; percayakan hari akhirat; percayakan qada' dan qadar
danlain-lain.

Amalan Lidah - berlafaz dengan kalimah tauhid; membaca al-Quran;belajar
dan mengajar ilmu; doa; zikir; istighfar dan menjauhi perkara sia-sia.



Amalan Badan:
1. Bersuci zahir dan batin
2. Jauhi diri dari kotoran tegahan syara'
3. Menutup aurat
4. Sembahyang fardu dan sunat
5. Berzakat
6. Memerdekakan hamba
7. Pemurah (bersedekah)
8. Hormat tetamu
9. Puasa fardu dan sunat
10. Mengerjakan haji dan umrah
11. Tawaf
12. Iktikaf
13. Memelihara agama
14. Menunaikan nazar
15. Tidak melanggar sumpah
16. Menunaikan kifarat
17. Memelihara diri dengan berkahwin
18. Menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga
19. Berbakti kepada kedua ibubapa
20. Menjaga anak-anak dan bersilaturrahim
21. Taat kepada ketua
22. Lemah lembut kepada orang bahawan
23. Adil
24. Bergaul dengan masyarakat
25. Taat kepada pemimpin
26. Mendamaikan orang bersengketa
27. Memelihara hak jiran
28. Berjihad
29. Menjaga sempadan negeri
30. Menunaikan amanah dan membahagikan ghanimah
31. Baik tuturkata
32. Mencari harta dengan jalan baik
33. Membelanjakan harta pada jalannya
34. Tidak membazir
35. Menjawab soalan
36. Mendoakan orang bersin
37. Tidak menyakiti orang lain
38. Menjauhkan perkara sia-sia
39. Menghilangkan bahaya di jalanraya
40. Amar makruf nahi munkar



-*disalinsemula seperti yg terkandung di dalam buku SPEKTRUM PEMIKIRAN
ISLAM oleh YBhg. Dr. Zainudin Jaffar, bekas Presiden, Kolej Islam Darul
Ehsan, Bangi, Selangor*-

SAAT AKU DITALKINKAN!

Assalamualaikum wr wb
Sebak dada bila membaca email ni....but its good ...
Email.. dari seorang sahabat....
Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan..Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya..

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa.........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."