Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah
ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar
motivasi Datuk dari. Haji Fadzilah Kamsah.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur -
Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa
diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat -
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran -
Selain
dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -
Jangan
sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan
diri sendiri. katakan lah "saya sebenarnya... ... (perkara yang elok-
elok belaka)
7) Program minda/cuci minda -
Paling
baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di
dalam hati "Ya, Allah cuci otak saya, cuci hatiku, esok saya nak jadi
baik, berjaya,
ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut
kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!
Berpuasa -
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.
Baca seterusnya disini http://www.facebook.com/pages/Dato-Dr-Haji-Mohd-Fadzilah-Kamsah/186394834707097
No comments:
Post a Comment